Sekiranya anda seorang tuan rumah yang ingin menyewakan unit hartanah anda atau anda seorang penyewa yang memerlukan beberapa panduan untuk mencari hartanah untuk disewa, Rumah-i merupakan jalan penyelesaian sehenti untuk anda. Ketahuilah mengapa Rumah-i merupakan platform menyewa rumah Malaysia mesra telefon bimbit no. 1 dalam artikel ini. Di Rumah-i, para tuan rumah dan penyewa boleh mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengurusan hartanah yang komprehensif merentas semua kawasan hartanah kediaman.
Selain itu, Rumah-i juga membawa perkhidmatan ini ke tahap yang lebih tinggi dengan memperkenalkan sebuah aplikasi platform menyewa rumah yang mesra telefon bimbit. Sebuah platform, dimana para tuan rumah dan penyewa boleh menikmati pelbagai kemudahan hartanah, mungkin masih asing bagi kebanyakan orang. Tetapi di Rumah-i, pasukan yang terlibat bersedia untuk melayan anda dan menawarkan satu pengalaman yang tidak seperti di tempat lain.
Oleh itu, izinkan platform menyewa rumah No. 1 di Malaysia ini berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh menguruskan semua urusan sewaan anda di dalam satu akaun peribadi hanya dengan sentuhan jari.
Platform menyewa rumah secara digital Rumah-i adalah percuma untuk digunakan oleh semua orang. Tambahan pula, platform ini bukan sahaja boleh digunakan oleh para tuan rumah, tetapi juga para penyewa. Sebagai contoh, interaksi antara penyewa dan tuan rumah mengenai hal-hal pengurusan sewaan rumah. Ayuh kenali dengan lebih lanjut mengapa aplikasi Rumah-i merupakan platform menyewa rumah mesra telefon bimbit yang terbaik di Malaysia.
Pertama, Rumah-i adalah platform menyewa rumah yang pertama di Malaysia yang menggunakan tandatangan digital pada sebuah perjanjian sewa rumah. Platform ini mungkin kedengaran sulit tetapi sebenarnya tidak. Di era pandemik COVID-19, semua orang digalakkan untuk kurang keluar ke tempat awam dan mengamalkan penjarakan sosial. Justeru, Rumah-i boleh membantu anda dalam situasi ini.
Untuk menandatangani dokumen-dokumen yang perlu, para tuan rumah dan penyewa boleh melakukannya secara digital melalui platform Rumah-i. Walau bagaimanapun, kami faham tentang kebimbangan yang mungkin akan dialami oleh sesetengah pihak apabila hendak menandatangani dokumen-dokumen penting secara digital.
Akan tetapi, para tuan rumah dan penyewa tidak perlu risau kerana tandatangan digital atau e-signatures menggunakan piawaian dan format yang diterima pakai, iaitu Public Key Infrastructure (PKI). PKI menawarkan keselamatan pada tahap yang tinggi dan melindungi penghantaran data antara tuan rumah dan penyewa.
Justeru, para pengguna aplikasi Rumah-i akan dapat menikmati penggunaan tandatangan tanpa kontak dan interaksi tanpa kontak dengan pihak lain, dan seterusnya dapat menjamin keselamatan semua pihak di era pandemik ini.
Di samping itu, Rumah-i juga berhasrat untuk menawarkan keselamatan tahap tinggi dalam proses penyewaan hartanah kepada para pengguna aplikasi ini. Akan tetapi, keraguan dan kebimbangan seseorang mengenai isu-isu keselamatan berkaitan urusan kontrak-kontrak, dokumen-dokumen dan transaksi secara talian dapat difahami.
Oleh sebab itu, Rumah-i berasa senang hati untuk mengumumkan bahawa platform menyewa rumah ini adalah yang pertama di Malaysia untuk menggunakan pengecaman wajah dan ciri eKYC untuk tahap pengesahan identiti yang lebih tinggi.
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, adalah penting untuk kita tahu apa itu eKYC. eKYC atau Electronic Know-Your-Customer, adalah sebuah teknologi keselamatan dan penentusahan tanpa kertas yang digunakan untuk mengesahkan identiti para pengguna untuk sebarang transaksi-transaksi digital.
Dengan adanya teknologi ini, Rumah-i menyediakan sebuah platform yang mudah dan selamat kepada para tuan rumah dan penyewa untuk mengesahkan identiti mereka tanpa perlu pergi ke premis-premis untuk aktiviti-aktiviti penentusahan. Proses pengesahan identiti ini bermula dengan menggunakan kamera telefon bimbit tuan rumah atau penyewa untuk mengimbas ID yang perlu. Seterusnya, para pengguna akan menggunakan kamera hadapan untuk mengambil sebuah swafoto untuk penentusahan wajah. Para pengguna juga mungkin perlu menganggukkan kepala mereka untuk mengesahkan bahawa mereka adalah orang hidup. Kemudian, eKYC akan menentusahkan dokumen-dokumen untuk mengelakkan sebarang penipuan penyamaran. Selepas proses tersebut, pemeriksaan pangkalan data akan dijalankan yang mungkin akan mengambil sedikit masa.
Tambahan pula, aplikasi Rumah-i juga menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan penting untuk memenuhi keperluan para tuan rumah dan penyewa. Perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh dibeli melalui aplikasi ini tanpa perlu bergerak ke mana-mana di luar. Menjimatkan masa dan kos, bukan?
Untuk memberi anda satu idea mengenai apa perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh dibeli oleh para tuan rumah dan penyewa di aplikasi ini, kami akan menyenaraikannya kepada anda. Melalui aplikasi Rumah-i, para tuan rumah boleh membeli perkhidmatan-perkhidmatan tambahan seperti ciri kutipan sewa automatik dan perlindungan insurans tuan rumah. Melalui ciri kutipan sewa automatik, para tuan rumah tidak perlu kerap untuk mengingatkan para penyewa untuk membayar sewa bulanan mereka kerana wujudnya penolakan sewa secara automatik daripada akaun penyewa.
Bukan itu sahaja, malahan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menghantar satu peringatan sebelum berakhirnya tempoh sewaan, mengemaskini maklumat penyewa yang lalai dan platform melapor kredit juga boleh didapati dalam aplikasi ini.
Perkhidmatan-perkhidmatan liputan insurans juga termasuk liputan untuk kehilangan harta benda kediaman, kehilangan sewaan, kos-kos disebabkan oleh penyewa yang lari, kerosakan oleh penyewa dan banyak lagi.
Selain itu, para penyewa juga boleh membeli pelbagai pekhidmatan tambahan penting melalui aplikasi Rumah-i.
Para penyewa dan tuan rumah boleh menggunakan aplikasi Rumah-i untuk membeli pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan mencuci, perkhidmatan dobi, khidmat seorang pakar untuk kerja-kerja baikpulih dan juga perkhidmatan pindah rumah untuk penyewa. Ciri ini sungguh memudahkan penyewa dan tuan rumah.
Hal ini demikian pelbagai perkhidmatan boleh dibeli dan semuanya hanya di hujung jari anda. Para pengguna tidak perlu lagi meluangkan masa untuk mencari orang hubungan apabila mereka memerlukan penyelesaian untuk sebarang urusan-urusan hartanah.
Kesimpulannya, para tuan rumah dan penyewa boleh mendapat manfaat daripada Rumah-i, sebuah platform menyewa rumah mesra telefon bimbit yang terkemuka di Malaysia. Platform ini telah menyediakan satu alternatif yang sangat bagus di mana para tuan rumah dan penyewa boleh mengurus setiap urusan sewaan hartanah secara digital. Sememangnya, Rumah-i berpegang teguh kepada prinsipnya, iaitu keselamatan, kemudahan dan pengalaman yang menyenangkan untuk para tuan rumah dan penyewa dalam urusan-urusan sewaan hartanah.